Memupuk Budaya Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar
Apakah yang dimaksudkan dengan keusahawanan ?
Keusahawanan ialah aktiviti yang dijalankan oleh seorang usahawan yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan inovasi pada barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi.
Apakah faktor utama yang menyebabkan seseorang itu menceburi bidang keusahawanan ?
"Push factor" (faktor mendorong), dimana kesusahan seseorang itu dalam mendapatkan pekerjaan telah mendorong seseorang individu itu untuk mencuba menjalankan perniagaan di dalam suatu bidang yang mana ianya melibatkan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang individu dalam proses berniaga.
Seperti yang tertera di bawah adalah antara sifat/ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang usahawan :
Keusahawanan ialah aktiviti yang dijalankan oleh seorang usahawan yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan inovasi pada barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi.
Apakah faktor utama yang menyebabkan seseorang itu menceburi bidang keusahawanan ?
"Push factor" (faktor mendorong), dimana kesusahan seseorang itu dalam mendapatkan pekerjaan telah mendorong seseorang individu itu untuk mencuba menjalankan perniagaan di dalam suatu bidang yang mana ianya melibatkan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang individu dalam proses berniaga.
Seperti yang tertera di bawah adalah antara sifat/ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang usahawan :
- Berani mengambil risiko
- Faham tentang perniagaan dan pelanggannya
- Tidak takut mengalami kegagalan dan tidak mudah berputus asa
- Sentiasa mencari dan pandai mengenalpasti peluang baru
- Kesungguhan untuk sentiasa berusaha
- "Self motivator" - mampu untuk memotivasikan diri sendiri dalam apa jua keadaan mahupun cabaran yang dialami
- Pandai merancang
- Pandai menghadapi keadaan di luar jangkaan
- Kreatif & inovatif
- Tidak pemalu
- Cekap berkomunikasi
- Rajin bekerja
- Cekap dalam meluaskan jaringan (networking)
- Mempunyai visi & pandangan yang jauh
- Cekap & cepat buat keputusan
Apakah pula yang dimaksudkan dengan budaya keusahawanan & bagaimanakah caranya untuk memupuk budaya ini dalam kalangan pelajar ?
Budaya adalah corak perilaku harian yang diamalkan oleh seseorang individu ataupun kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu kearah yang dikehendaki dan diterima oleh kumpulan masyarakat setempat. Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuan dan kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka, budaya keusahawanan bolehlah didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individu dalam sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan perniagaan.
Usaha melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah kerana ianya memerlukan komitmen, dedikasi, ketegasan dan amalan yang berterusan ke arah mempraktikkan roh keusahawanan dalam setiap urusan harian.
Seperti yang tertera di bawah adalah jurnal dan artikel yang menerangkan tentang cara untuk memupuk budaya keusahawanan ini dalam kalangan pelajar :
Dalam jurnal yang telah dihasilkan oleh Dr Rashdan Rashid, Dr Farizah Ariffin dan Dr Asmiza Osman di atas kajian mereka terhadap pelajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, antara cara-cara yang telah diusahakan untuk memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar ialah melalui sistem pendidikan negara di mana usaha ini diterapkan di dalam sukatan pelajaran yang berkaitan dengan keusahawanan iaitu Prinsip Perakaunan, Pengajian Perniagaan, Perdagangan, Ekonomi dan sebagainya. Selain itu, budaya keusahawanan ini juga dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di IPT. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah menerusi seminar atau bengkel seperti Siswapreneur, Business Talk yang dikendalikan oleh MDEC dan sebagainya.
Seperti yang dilampirkan di atas adalah artikel yang telah diambil daripada keratan akhbar Berita Harian, 11 Oktober 2017 mengenai aktiviti keusahawanan Siswapreneur Megasales yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik, Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abdul Aziz di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam di mana PSA telah mencapai jualan tertinggi dikalangan 33 buah politeknik Malaysia iaitu sebanyak RM381, 693.00
Pautan yang telah dilampirkan di atas pula menerangkan mengenai aktiviti pelajar yang menjalankan urusan perniagaan secara online semasa sedang melanjutkan pengajian mereka. Dalam keratan akhbar tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Noor yang melawat ke gerai pada program Siswapreneur Showcase 2017 telah mengenalpasti bahawa pelajar Universiti Awam (UA) telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM6,000 sebulan tanpa menjejaskan pengajian beliau. Ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar UA yang lain juga mampu untuk melakukan perkara yang sama sekiranya mereka menggunakan kemahiran, pengetahuan mengenai keusahawanan dan penerapan nilai-nilai yang harus dicontohi untuk menjadi seorang usahawan berjaya dalam urusan kehidupan harian mereka. Program ini membabitkan 7 buah universiti awam (UA) iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Terengganu Malaysia dan politeknik serta kolej komuniti.
Pada pendapat saya, kebanyakkan IPT sekarang sudah mula bergiat aktif dalam membangunkan program-program untuk memupuk dan membentuk sifat dan roh keusahawanan dalam diri pelajar. Program-program yang dijalankan adalah sangat bagus dalam memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar-pelajar dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Ini adalah kerana untuk membentuk usahawan yang berjaya di masa hadapan adalah menjadi tanggungjawab IPT dan pelajar untuk berani mengambil peluang dan risiko dalam membentuk diri mereka untuk menjadi seorang usahawan. Selain daripada itu, usaha memupuk sifat keusahawanan ini merupakan salah satu cara untuk memastikan keberkesanan sistem IPT dalam menghasilkan pelajar yang memiliki kelebihan kompetitif yang tersendiri. Ia juga menjadi satu mekanisme bagi membolehkan institusi menjamin keberkesanan operasi dan produk yang dikeluarkan mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi.
PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete